27
Mar
2012

Pernahkan anda menanyakan mengapa tidak boleh memakan madu menggunakan sudu besi? Itulah perbincangan antara hafiz, helmi ngan rostam kat opis ni yang buat aku naik semak dengar dorang argue. Nak flying kick jek sorang-sorang rase. Tapi Hafiz ni bagus die, walaupun die banyak cakap dan banyak mulut, dapat jugak la die datangkan fact pasal perkara nie. Cuba tengok kat bawah ni apa yang wikipedia bagitau pasal madu. Ni cuma separuh jek yang aku amik pun daripada keseluruhan artikel tu.  Baca selanjutnya..

Kongsi:
  • Facebook
  • Twitter
27
Feb
2012

Akhirnya, setelah beberapa bulan, aku kembali ke tempat asalku.. grrrrr

p/s: kembali menjadi golongan elit.. huahua

Kongsi:
  • Facebook
  • Twitter
19
Feb
2012

Woah.. jap.. aku beli phone baru ke? Hah.. banyak pulak duit aku nak beli phone baru kann.. Tapi.. phone sape nie? beso kedabak.. sekali pandang ingat TV tadi.. Ha! ni la phone baru ayah aku, Galaxy Note… NANDAKURE!!!! Baca selanjutnya..

Kongsi:
  • Facebook
  • Twitter
11
Feb
2012

Biar Beza Politik Asal Sepakat Tolak SYIAH

Video yang sangat baik untuk dikongsi. Semoga bermanfaat.

p/s: dan ade juga jawapan ringkas apa itu ‘wahabi’

Kongsi:
  • Facebook
  • Twitter
10
Feb
2012

Siapa la yang tak kenal Nabi Muhammad SAW kan.. Tapi.. sejauh manakah kite kenal Nabi kite berbanding dengan Justin bibir, Siti Nurhalipan, Frontstreet Boy mahupun pakcik leman belakang rumah? Apetah lagi makcik kantin yang cube korang ngurat tu. Oleh itu, aku pun terpanggil la untuk mengenali Nabi kite iaitu Nabi Muhammad SAW dengan lebih dekat lagi. Banyak jek rujukan yang boleh kite dapat kat internet dan banyak jek jenis buku yang menceritakan tentang Nabi Muhammad SAW. Tapi aku pilih buku ni, asalnya aku nampak iklan buku ni kat surat khabar.. So lepas tu aku pergi la MPH kat Mydin tu untuk beli buku ni.

Baca selanjutnya..

Kongsi:
  • Facebook
  • Twitter
05
Feb
2012

Dua buku ini adalah buku terbaru aku beli daripada MPH kat Mydin Mall dekat-dekat sini. Aku ni sebenonye bukan lah seorang pembaca yang tegar mahupun seekor ulat bulu.. eh silap.. ulat buku. Tapi ntah eh.. memang hobi aku ni beli buku kot.. bukan baca okay. harhar..

Okay sekarang bagi aku baca buku ni dulu.. nanti aku update dengan rumusan berkaitan dengan buku ni yek (layak ke aku?) Hihi.. Tapi siyes.. Buku Paksi 40 tu aku memang nak beli dari dulu pun. Manakalah buku Hadis Palsu Popular aku beli, sebab aku tertarik dengan dengan tajuk dia. Sekali imbas isi kandungan dia, agak menyentap hati mak ni nak. Ape-ape akan diupdate kemudian yek~!

p/s: walaupun awek kat MPH tu comel, tapi caye lah.. aku pegi situ bukan sbb nk tgk awek comel tu ok.. erghh.. betul!

Update

Rumusan yang dapat dibuat ialah.. nak tau.. pegi beli sendiri..

 

Kongsi:
  • Facebook
  • Twitter
01
Feb
2012

Tajuk macam biasa la kan.. mesti kontroversi (macam la ade orang kisah ke tak kan.. sapo la yang takde pekdah nak bace blog aku nie). Pada hari terakhir bulan 1 2012, berakhirlah tempoh prektikal si Mardiah budak UM ni kat AIST. Bermula dari bulan 8 2011.. iaitu selama 6 bulan tempohnya. Satu tempoh yang sangat lama ok kalo untuk budak praktikal kat opis aku nehh. Celah mana nak simpan budak praktikal lama-lama. Dapat yang tak boleh perform… tak pasal-pasal mak nak menyara gaji elaun free jek kan. Baca selanjutnya..

Kongsi:
  • Facebook
  • Twitter
29
Jan
2012

Ini adalah hasil daripada kelapangan masa yang terlampau.. takde kojo dah nehh… hihi.. tp iguana tuari tu.. still berada di posisi yang same.. mesti die tengah lapar tu kan.. ape la agaknye yang iguana ni nak makan..

p/s: jage diri sendiri dulu elok-elok… baru la jage selain diri sendiri… tak gitu nakk..

Kongsi:
  • Facebook
  • Twitter
26
Jan
2012

20 haribulan 1. Tarikh kelahiran insan yang paling aku sayang.. Insan yang telah melahirkan dan membesarkan aku menjadi mamat terhensem ni.. muhaha.. Saje nak tunjuk.. Sempena besday mak aku tahun ni.. ade la sket ole-ole yang tak seberapa daripada anaknye yang hensem ni (rarwww). Hadiah ini dipilih bagi menggantikan mesin jahit yang sedia ada yang mana bunyi mesin jahit tersebut apabila digunakan boleh didengari hingga ke hujung kampung. Punye la bising kan..

Tapi apelah sangat value hadiah ni kan kalo nak dibandingkan dengan jasa-jasa mak aku ni. Aku doakan supaya mak aku sentiasa dalam keadaan sihat dan hepi-hepi selalu hendaknya. I love u so much mommy! (yang ni tak ckp depan mak.. segan.. hihi)

p/s: bulan depan turn abah pulak.. ape nak beli eh..

Kongsi:
  • Facebook
  • Twitter